Apr 19, 2012

Apabila PM Datang

Apabila PM Datang! Apabila PM datang,
semak dan belukar habis di tebas tebang,
jalanraya di baiki sampai tiada berlubang.

Apabila PM datang,
Kakitangan kerajaan bermesyuarat pagi dan petang,
ketua kampung diarah mengumpulkan orang.

Apabila PM datang,
Pemidang bergantung di setiap tiang,
Sepanduk di ikat di setiap simpang.

Apabila PM datang,
Banyak bas disewa dari bekas buruh ladang,
Sewaan khemah dan pentas menggunakan banyak wang.

Apabila PM datang,
Gambar pemimpin terpampang di tengah bendang,
Cogan kata dan slogan macam nak pergi perang.

Apabila PM datang,
Kontraktor makanan mendapat peluang,
Pembuat baju koperat gembira bukan kepalang.

Apabila PM datang,
Rakyat dilontar dengan nasi bungkus dan sedikit wang,
Tapi mereka rasa macam tidak ditipu orang.

Apabila PM datang,
Ucapan PM bagai membakar belerang,
Rakyat bertepuk tangan tapi tak faham apa yang dirancang.

Apabila PM datang,
Ucapan dipenuhi menghina pembangkang,
Para pengumpul angguk kepala dan menggadai kebenaran dengan sedikit wang.

Apabila PM datang,
Pemimpin pulang dengan hati girang,
Rakyat pulang dengan hati lapang.

Hairan!!….mereka tidak resah apabila ramai yang tidak sembayang.





sumber : http://mediaperak.com/2012/04/17/apabila-pm-datang/

No comments:

Post a Comment