May 7, 2012

No Brain


Dengan ini aku mengisytiharkan, golongan-golongan yang menyamakan Himpunan Bersih dengan rusuhan-rusuhan yang berlaku diluar negara adalah golongan-golongan xde otak. Belajar je tinggi-tinggi tapi tiada inisiatif untuk mencari.
Mereka-mereka ini sebenarnya tiada minat pun untuk mengambil tahu terhadap isu-isu semasa dan hanya mementingkan diri semata-semata serta merasakan dirinya itu sudah cukup senang.

Harus diingat, Himpunan Bersih itu pada asasnya adalah himpunan aman untut menuntut satu pilihanraya yang adil.
Kenapa tidak disamakan dengan demonstrasi-demonstrasi yang mebantah penebangan hutan, pemburuan hidupan liar dan sebagainya. Asal boleh nak kaitkan dengan rusuhan jugak.

Apabila disebut demonstrasi, ia bukannya dilihat sebagai rusuhan semata-mata.
Demonstrasi itu merupakan satu cara untuk kita meluahkan perasaan atas ketidak setuju kita terhadap sesuatu perkara.

Adakah menuntut satu pilihanraya yang adil itu adalah SALAH.??

Kesimpulannya, mereka yang hanya tahu berkata-kata, tuduh sana sini dan cakap berapi-api tanpa mengambil tahu tentang perkara sebenar adalah mereka-mereka yang tidak mengerti apa-apa sebenarnya. Sekadar mementingkan diri tanpa mengambil berat kemaslahatan ummah sejagat. Paling tidak pun, mereka-mereka ini adalah pengampu UMNO dari ujung rambut sampai ke taik kuku jari kaki yang mana hidupnya beranggapan hanya UMNO yang dapat memberi kesenangan kepada mereka...pooodah!!~

Sekian wassalam.

*post ini ditulis sebab aku x boleh tido memikirkan perangai puak2 ni x kira umno, isma dan lalang.

No comments:

Post a Comment